5.30m petang.

Setiap petang. Setiap hari bekerja. Selagi aku masih bernafas. Selagi aku masih ada disini. Selagi jantung ini berdenyut. Selagi sistem perkumuhan berjalan lancar. Selagi selagi selagi. Selagi lagu selangit berkumandang *lagu Mas Idayu, taktahu google cari sendiri.

Time pagi. Aku memang malas sesangat nak bangun. Sebenarnya dah bangun awal lagi cuma nak bangkit tu alahai senoknye rasa perutt. Tapi kugagahi juaa.

Bila petang menjelang, semua kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, kakitangan muka buku mu kaku akan mengelepar dan bergerak-gerak tak sedarkan diri. Puncanya? tak sabar mahu pulang dan segera sampai ke rumah. Tapi aku??

Alahai, pabila saat 5.30 petang tu tiba. Aku rasa meneletar segala urat sendi otot kaki dan tangan. Puncanya? Aku malas sangat nak balik memandu motor kapcai cap ayam itu pulang. Bukan sebab aku malu dengan motor tu. Tak. Beliau sangat baik dan banyak berjasa kepadaku. Tapi aku cuma MALAS.

Sambil bermalas-malasan aku mula berangan-angan, kan best kalo aku ada driver sendiri. Takpun ada motor yang boleh bergerak sendiri. Just tunggu arahan je dari tuan yang baik hati. Dengan itu segala jenis kemalangan dapat dielakkan. Betul tak? Betul tak? Dan segala-galanya diurus kan oleh motor yang berjasa tu. Pandai start enjin sendiri bla bla bla.

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Mahu atau ngak aku terpaksa meredah traffic jem ni pulang ke rumah. Kenapa? Kerana di rumah sudah tersedia burung yang acapkali berkicauan setiap kali aku pulang lambat. Alasannya aku balik lambat kerana jumpa gewe. Oh makk, penatnya. Tetibe rindukan umi di kampung. Beliau tidak pernah beginiii.


fakta tentang lelaki dan wanita
Sape sampai rumah paling copat beliau dapat hadiahhh. HOHO

No comments:

Post a Comment

Hentam saja la labu.

Copyright ©. All Right Reserved by LyaKamelia