Masuk hari ini, sudah 4 bulan aku duduk kat sini buat praktikal. Setiap hari aku menghitung hari bilakah dapat ku habiskan latihan praktikal aku ni dan blah cepat-cepat dari sini. Boh, sumpah menyesal gila buat praktikal kat sini. Environment dia lansung tak sesuai dengan diri dan sanubari aku. Dan orang kat sini pun mesti mengharapkan agar aku cepat-cepat berambus dan pulang ke tempat asal aku.
Huh! Benarlah kata pepatah
“hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri”
Aku rindu sangat kat tempat aku. Biarlah hulu. Biarlah hodoh. Biarlah bahasa dia persis bahasa kaum asli penan. Aku tak kisah. Aku terima seadanya. Walau apa pun di situ lah tempat aku membesar. Di situlah juga aku mengenal makna kasih sayang. Kawan-kawan aku pun tak terkira banyak nya di sana. Dan yang paling penting aku rindu sangat kat parents aku. Rindu gila. Nak je aku cari tiket bas balik sekarang. Takpun aku extend je praktikal aku ni. Takpun aku terus lari dan berhenti poli. Duduk je bawah ketiak umi dan abah.
Bagi aku orang Kelantan semua baik-baik. Hati aku tenang tinggal kat sini. Suasana Islam nya jelas terasa berbanding tempat kelahiran aku. Orang-orang nya ramah dan baik-baik kesemuanya. Cuma hati aku je yang tak melayakkan aku tinggal di sini. Hati aku sering berbolak-balik dan memberontak.
“masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek”
Masalahnya aku tak sanggup menguak lagi, aku tak sanggup mengembek lagi. Kerana jelas sekali bunyi nya sangat tak sedap dan sangat hodoh di dengar.
Disini aku tinggal di rumah mak sedara aku. Biasalah adat orang menumpang, banyak sangat masalah dengan tuan rumah. Mak sedara aku dan pak sedara aku semua okay. Sepupu-sepupu aku semua sangat friendly dan mudah diajak bergurau. Cuma ada kala dan ketika nya aku seperi teraba-raba mencari cahaya.
Pakcik aku sangat kuat membebel. Membebel itu bagi aku perkara biasa. Umi aku pun kuat membebel juga. Cuma umi aku 100x better sikit dari dia. Sometimes bila mood dia baik, everything is going fine. Tapi bila ada masalah sikit, bila ada tersilap sedikit, dia punya membebel perghh. Memang tak tahan sangat. Taik telinga sampai cair dengar dia punya membebel.
Membebel tahan lagi beb. Tapi bila sampai dah bab menghina tu yang aku tak tahan. Dia cakap tolol la, bodoh la. Syahdu gila rasa. Sumpah rasa tak berguna gila. Umi abah aku sendiri tak pernah cakap kat aku camtu. Kadang-kadang tu sampai menitis airmata aku dengar bahasa kesat itu semua. Dekat anak-anak dia pun dia cakap camtu. Aku pelik la. Bukan ke sebagai ibu bapa kita kena cakap bahasa elok-elok dekat anak-anak?
Aku punya pesen dari dulu sampai sekarang sangat tak suka orang membebel kat aku. Sikit-sikit tahan lagi. Bila dah banyak sangat aku jadi cenderung nak melawan. Tapi Alhamdulillah setakat ni aku tak pernah lagi melawan dia. Sekarang ni aku just mampu bertahan dan bertahan.
Rindu gila kat umi abah, adik-adik -.-
siannya ang
ReplyDeleteTu lah pasal. Stress
DeleteOkay ah tu.
ReplyDeleteowh..praktikal kat kelantan..igtkn kat kuantan...
ReplyDeletepraktikal di kelantan, tapi belajar di kuantan.
Deletelain bukan? ^^
amik civil kan, kenapa tak dtg praktikal kat MPK nih..hehehe
Deletekonon-konon nak dekat dengan boyfiee la sanggup datang jauh-jauh pergi kelantan. last-last macam haremm
Deleteassobirin...:)
Deletehaha. Alhamdulillah, sekarang macam dah boleh terima sikit. sikit je la kan ^.^
Deletetime will heal the pain..insyaAllah..;)
Deletekena tunggu 2 3 tahun nanti sure okay :)
Delete