Wallet aku hilang!

Geramnya rasa hati. Lepas satu satu masalah. Sejak akhir-akhir ni aku memang takde lansung duit cash dalam wallet tu. Dan kerana itu jugaklah aku seakan tak peduli ke wallet tu. Dan sekarang hilang pulak. Aduyaii, jumaat ni aku dah la ada function besar yang sangat-sangat memerlukan ic. Dah time ni jugak la dia nak hilang.  

Satu ofis sudah digeledah. Rumah baru separuh. Niat di hati kejap lagi nak balik japp mencari di rumah. Sumpah tak tenang lansung jiwa raga. Aku pasti memang takkan ada orang ambil. Cuma aku yang tersalah letak. Tapi kat mana? Segala dokumen penting dalam tu. Adoii lecehnya la nak buat satu persatu nanti. Arghhhhhh.

Walau apa pun there is still hope. Pasni aku akan cari di rumah sepenuh hati pulaa. Sudahla, nak luah perasaan kat cleverbot plak.

4 comments:

  1. There's always hope..

    Ayat tu Aragon ada kata dalam LOTR - The Two Towers..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best..trilogy lord of the ring mmg best la...:)

      Delete
    2. rasa macam bangang pulak sebab tak tahu apa-apa

      kahkah :D

      Delete

Hentam saja la labu.

Copyright ©. All Right Reserved by LyaKamelia