Suatu hari
Seorang gadis duduk termenung
Di persisiran pantai
Di tepian batu-batu besar
Gadis terluka
Gadis merana
Air mata gadis mengalir hiba
Gadis penat menjeruk rasa
Gadis bosan
Diorangjahatkan
Disepaksepahkan
Diperempuanjalangkan
Diperempuancurangkan
Gadis lelah menahan
Gadis lelah mempertahankan
Tetapi tidak didengarkan
Malah disambut dengan bibir cebikan dan pandangan jelik
Mereka hanya dengar apa yang mereka mahu dengar
Pada mereka gadis salah salah salah
Gadis terus-terusan memendam rasa
Manakala aku disini menonton hiba;
Harapan aku agar pendaman rasa hati gadis tidak menjadi dendam berbisa
No comments:
Post a Comment
Hentam saja la labu.