Miki dan Boyfriend


Miki ada seorang boyfriend.
Yang kadang-kadang ada.
Yang kadang-kadang takda.
Tapi most of the times dia ada la.

Boyfriend Miki jauh di perantauan.
Belajar di seberang laut.
Katanya boyfriend habis belajar hujung tahun.
Miki gembira.
Miki dah tak sabar-sabar nak kahwin.

Tetapi
Boyfriend Miki seorang perahsia.
Setiap apa yang dikhabarkan pada Miki segala nya baik-baik aja.
Setiap apa yang dikhabarkan pada Miki segala nya tentang cinta mereka, tentang keluarga.

Boyfriend Miki punya penyakit.
Kanser perut.
Miki tahu. Tapi buat-buat tak tahu.

Boyfriend Miki selalu bercerita tentang mati.
Boyfriend Miki selalu berpesan agar Miki jaga diri apabila dia tiada nanti.

Setiap kali boyfriend menyepi
Miki risau sekali.
Miki tahu boyfriend sakit.
Miki tahu boyfriend seorang diri menahan perit.

Miki tiada daya
Selama ini mereka berhubung melalui maya sahaja
Tiada no untuk telefon
Tiada no untuk message

Miki hanya mampu berdoa
Berdoa agar boyfriend baik-baik aja
Berdoa agar Allah ciptakan jodoh untuk mereka

Bagi Miki
Hanya boyfriend saja yang akan terus bertakhta.

No comments:

Post a Comment

Hentam saja la labu.

Copyright ©. All Right Reserved by LyaKamelia