Aku sebenarnya
Rindukan tulisan-tulisan dahulu
Yang bertemakan jalanan
Dibacakan semula
Dinyanyikan semua
Oleh penyajak-penyajak luar biasa
Banyak sangat yang terluah
Banyak sangat yang terucap
Dalam bentuk yang sukar difahami
Berbelit-belit bahasanya
Dengan kosa kata bahasa melayu lama
Gramatisnya
Bak Shakespeare
Yang pernah kau kata mirip peribadi seorang india
Kerana gagal memakna
Tak mengapa
Cuma aku hampir gila
Tulisan-tulisan itu semua nya
Bersama perompak durjana
Tak guna!
No comments:
Post a Comment
Hentam saja la labu.