Perfume Ori atau Tiruan?

First of all, I have to admit yang aku cuma pakai perfume cap ayam. Bukannya apa, aku ni agak berkira sikit dalam bab pemilihan perfume ni kerana yelah aku ni agak jimat orangnya. Dan selama aku 20 tahun hidup kat dunia ni, tak pernah lagi rasanya beli perfume RM10 ke atas. Gila kedekut kan :D

Lagi pun, dalam Islam sendiri kita diharamkan memakai perfume yang mengundang perhatian kaum Adam. Sebabnya perbuatan ini akan menjerumus kepada zina. Atau lebih tepat lagi memakai perfume yang berlebihan adalah ZINA. Ye dok? Wallahualam. Senang cerita pakai perfume sekadar-kadarnya aje, tak perlu sampai menusuk ke dalam hidung. Malas cakap lebih-lebih karang orang cakap aku *bajet baik pula. Cehh :P

Berbalik kepada soal perfume ni. Bagi peminat perfume seantero dunia. Harus lah tahu kan samada perfume yang kita nak beli tu ori ke tak supaya tak de la mudah-mudah je orang tipu kita. Aku tahu pun masa tahun bile entah *aku saja-saja belek-belek perfume kat parkson sebab nak tunggu kawan sebenarnya (nak beli memang tak lah kan) sambil-sambil tu aku layan je la amoi cina ni bersembang-sembang dengan aku. Then time tu dia yang bagi tips camane nak tahu perfume tu ori atau tiruan. 

Cara-caranya ialah :

1. Goncang kan botol perfume anda itu sepenuh hati.
2. Setelah digoncang, anda akan nampak bahawa ia mengeluarkan buih.
3. Perhatikan buih itu.

Hipotesis : Semakin cepat buih itu hilang dari pandangan mata anda, semakin tidak tulen lah perfume tersebut.

Anda akan nampak perbezaannya jika anda membandingkan antara perfume berharga RM4.50 dengan perfume berharga RM150.

See, senang je kan.
Sekian terima kasih.

**Nervous sebab first time tulis entry ilmiah :)

1 comment:

Hentam saja la labu.

Copyright ©. All Right Reserved by LyaKamelia