Sweet Sour

Sayang, 
Kau yang pertama.
Saat pertama kali bersua.
Ku seakan jatuh cinta.

Sayang,
Saat itu terlalu indah.
Kerana terlalu inginkan dikau,
Ku gadaikan yang lain.
Kerana dikau begitu berharga.

Sayang,
Setelah setahun kita bersama.
Kau cukup setia.
Menemani ku kemana sahaja.
Sentiasa tersemat di tubuhku dan dihati ku.

Sayang, 
Sesungguhnya ku amat berdosa padamu.
Kau selalu terjatuh.
Kau selalu luka.
Seringkali ku meminta maaf.
Namun tak lama selepas itu terjadi lagi.
Aku terlalu cuai dalam menjaga dirimu.

Sayang,
Mahupun begitu.
Kau sentiasa berkeadaan baik.
Kau mempunyai antibody yang sangat tinggi.
Kau mempunyai daya ketahanan yang kuat.
Walaupun sentiasa disakiti dan dilukai.

Sayang,
Sampai suatu masa.
Kau sudah tidak sanggup menemani ku lagi.
Kau tega pergi kepada orang lain,
Yang tidak kau kenali.
Kau tega meninggalkan aku yang sudah setahun bersamamu.

Sayang,
Selepas pemergian kau.
Aku sangat sedih.
Aku seringkali berfikir ke mana kah kau menghilang.
Malah, aku sentiasa mendoakan kesejahteraan kau hingga ke hari ini.

Sayang,
Sudah banyak kenangan suka duka kita kongsi bersama.
Aku menyesal kehilangan kau.
Aku sayangkan kau.
Tapi mungkin jodoh kita untuk bersama hingga akhirnya tiada.

Sayang,
Kini aku sudah punyai pengganti kau yang baru.
Tapi penggantimu diatur oleh ibu bapa ku.
Aku sudah tidak peduli lagi.
Biarlah apa pun,
Takkan ada apapun yang bisa menggantikan mu.
Kau sentiasa dihatiku.

Huwaaaaaaaa :'(

Hazel J20i dalam kenangan. Imy :'(

**Setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya 0.< Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang dah mati. Aku cuma terlalu rindukan dia. Itu sahaja. Sekiann

No comments:

Post a Comment

Hentam saja la labu.

Copyright ©. All Right Reserved by LyaKamelia