Semut yang rajin

Sekarang lunch hour. Aku tak keluar kerana diet. -..-

So sambil mengisi masa siapkan report practical, aku pandang kiri kanan. Empty. Sorang pun takde. Sedangkan sekarang dah pukul 2.25. Haihh, apa nak jadi la staff kat office aku ni. Mentang-mentang la office takde punchcard. Ikut sedap hati je nak keluar masuk. Bahkan aku terasa macam mangsa buli je.

Aku nak tegur? Memang tak lah kan. Aku practical je kat sini. Cakap lebih-lebih kang tak pasal-pasal kena pangkah. Tak mahu la. Aku ni sensitif orang nya. Kang tak pasal-pasal aku jerit panggil mak aku kang. Mak aku dah la jauhh. *menyesal aku practical sini 

Sebenarnya. Aku sangat sakit hati dengan line internet yang macam ciput. Ditambah pula dengan sekumpulan semut yang tanpa segan silu hurung air teh o ais aku. Dan aku tanpa belas kasihan penyek-penyekkan badan beliau. Aku kejam? Tidak. Ayah aku kejam lagi. Ayah aku kalau nampak semut melata atas dinding tanpa fikir panjang pasti beliau akan bakar semua semut tu. Padan muka si semut. Huh!

Sebenarnya ada kisah di sebalik aku bencikan semut ini.

" Suatu hari ketika aku baru sahaja dilahirkan dalam 2 minggu, mak aku admitted. Ayah aku pula kerja. Memandangkan aku anak sulung jadi tiada siapa yang boleh diharap untuk menjaga aku. So nak dijadikan cerita, adik ayah aku iaitu Cik Jee (sekarang dah arwah) ditugaskan menjaga aku. Ayah aku pun dengan senang hati pergi bekerja. Then dalam tengahari pastu ayah aku balik. Rumah senyap sunyi. Ayah aku pun cari la Cik Jee. Beliau takde. Masuk bilik tengok aku sedang nyenyak tidur. Ayah aku pun datang la nak tengok anak dia, time tu dia baru sedar memang banyak gila semut duk hurung aku. Masalahnya, aku senyap tak berkutik. Menangis jauh sekali. Ayah aku pun menghapuskan semua semut berkenaan dengan perasaan marah. Sejak dari hari itu, semut telah termasuk dalam list musuh tradisi ayah aku. Setiap kali beliau ternampak semut, beliau akan menghapuskan semua semut tu dengan penuh perasaan dendam dan geram.  "

Akhirnya semua semut di dunia ini takut dengan aku dan ayah aku. Rumah aku sendiri tak ada seekor semut pun kelihatan. Mungkin juga keturunan En Basran telah selalu menjadi topik perbincangan di antara Persatuan Semut-Semut Sedunia. Dan keturunan kami dikecam dengan teruk.

Akhir kata : Sayangi lah semut, tanpa semut ekosistem tak akan stabil. Sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui.


6 comments:

  1. Haha.... So pas ni takleh bunuh semut sesuka hati....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Kesimpulannya, letak je gula merata-rata. Sedekah kasi semut tu makan. HAHA :D

      Delete
  2. hi dear, i dah wat entry khas tuk u... tengok kat sini k :)

    http://nedzblinkblink.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. musuh utama saya buat masa ni ialah biawak..sekadar info..zzzz

    ReplyDelete

Hentam saja la labu.

Copyright ©. All Right Reserved by LyaKamelia