Rakan Sepermainan







Kau ingat tak kali pertama kita bersua? Kau agak seksi. T-shirt dan seluar pendek. Kau cantik. Puteh melepak. Penuh keperempuanan. Sedangkan aku baru berpindah. Kau pandang aku. Aku pandang kau. Masing-masing sombong. Time tu aku tak pernah terfikir kita akan berkawan baik.


Akhirnya kita berkawan. Kau ajar aku mandi kolam. Kau ajar aku mandi parit. Kau ajar aku masuk hutan. Kau ajar aku bagaimana bermain guli. Kau ajar aku bagaimana bermain gasing. Getah. Layang-layang. Rounders. Setiap pelusuk kampung kita pergi. Dan, bila aku balik rotan tersedia untukku. Sakit. Tapi aku tak kisah. Aku sedia berkorban. Biar pun setiap hari rotan itu singgah di tapak tangan. Bagi aku ketika itu kau kawan sejati. 


Setiap kali sebelum tidur, aku tidak sabar untuk bertemu hari esoknya. Bertemu kau. Bermain dan terus bermain tanpa halangan. Aku sering dimarahi. Sehinggakan aku dijangkiti kutu pun sebab kau. Sadis. Tapi aku bahagia. Aku suka. Aku setia dalam berkawan. Aku tak pernah berkata yang bukan-bukan tentang kau. Tapi aku tak menyangka kau sebaliknya.


Dalam diam, kau rupanya membenci aku. Kau tak ikhlas berkawan dengan aku. Aku tahu pun sebab buku nota kau. Ya buku itu. Aku sedih membaca nukilan hati kau tentang aku. Aku rasa seperti ditampar. Aku tengok reaksi muka kau. Kau seperti biasa. Dan kau tak tahu pasal tu. Sampai sekarang.


Aku agak down. Aku lihat diri aku. Aku tomboy. Aku berseluar setiap masa. Rambutku pendek persis lelaki. Setiap petang sharp pukul 5 akan kedengaran suara memanggilku. Kau cantik. Cantik sangat. Aku bangga berkawan dengan kau. Tapi kau tak begitu. Kau berkawan dengan aku sebab kau takde kawan lain. Kau tak ikhlas. Kau cemburu kan aku. Patut kah kau cemburu kan aku yang hodoh ni?


Bila dah besar sikit. Kita selalu hang kat town. Mencapub. Setiap minggu tak miss. Aku tinggal di asrama. Jadi takde masalah untuk keluar. Kita lepak mall sama-sama. Kita sosial bersama. Sampai satu hari. Kau tidak lagi mengajak aku keluar. Bila aku bertanya kawan aku yang lain. Diorang cakap kau sengaja. Sebabnye kalo kau bawa aku sekali, semua lelaki akan mengurat aku. Tidak mengurat kau. Aku sekali lagi down. Sampai hati kau. Kita kenal dari kecik. Tapi


Mulai dari hari tu, kita tidak lagi berkawan baik. Aku seakan benci dengan kau. Ya, kerana mulut kau. Kerana kau hipokrit. Kerana kau selalu mengata aku. Sampai satu tahap aku rasa menyesal kenal dengan kau. Kau hati busuk. dan macam-macam lagi.


Afterwards, kau berubah menjadi sosial gila. Kau berjinak-jinak dengan najis dadah. Kau berhamba dengan seks bebas. Kau bebas. Seperti pertama kali kau cerita aku bagaimana kau menghisap ice. Bagaimana kehidupan kau selepas itu. Kau selalu bercerita. Aku tahu semuanya. Tapi kau tetap masih cemburukan aku. Kau kata aku macam-macam. di belakang aku. di depan kau manis sekali. Seperti gula.


Sekarang aku dah tak mampu. Aku selalu terkenang kita dulu-dulu. Aku menyesal. Kau semakin jauh. Aku sudah tak kenal kau lagi. Tapi jauh di sudut hati. Aku menangis. Aku sedih dengan keadaan kau sekarang. Knapa kau begitu? Kenapa aku begini? Kenapa kau perhambakan diri kau. Kenapa?


Aku masih sayangkan kau. Aku masih anggap kau kawan baik aku. 




Aku harap kau berubah. Jalan terbentang luas. Contoh jelas di depan mata. 








*sober*

61 comments:

  1. :'(

    camy,sedih.
    kawan kau ke?pujuk la dia ke jalan benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak mampu dah iqa. dia jauhh gilaa.


      tak mungkin dia akan dengarkan aku. dia kan benci aku. hem

      Delete
    2. aku penah hadap macam ni.
      tapi at the end kawan tu dtg dkt aku blk.setelah dia rasa
      useless,lifeless.mmg amek masa lama.
      tp bila aku nak terima dia blk setelah dia pergi tinggal aku
      tanpa sebab logik..

      aku rasa susah.
      kekok.

      hm.

      Delete
    3. macam aku.
      aku tak rasa dia akan datang balikk.
      agaknya memang dia lansung taknak tengok muka aku lagi.
      aku hanya mampu tengok dari jauh.
      aku selalu rindu saat kami kecik-kecik dulu.
      dia begitu innocent.
      sekarang?


      hm

      Delete
    4. takpe camy,kawan yang betul betul kawan
      satu hari nanti mesti bersama balik.walau penah di benci.penah terpisah
      cuma,kena berdoa.dan kalau betul dia kawan kau,dia akan dengar dan dpt
      rasa doa dari kau tu..nanti terdetik la hati dia.


      hm
      *perlu ke "hm" ni?haha

      Delete
    5. mungkin sekarang tidak lagi.
      takpe akan aku simpan dalam memori.
      dia tetap kawan aku.
      dia yang banyak mengajar aku erti kehidupan.



      hm
      hm tu perlu haha :)

      Delete
  2. Sedih :'(
    sebak bca nurkilan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila fikir-fikir balik memang sedih.


      kenal dari kecik kot. main sama-sama lagi. emm

      Delete
  3. kawan mcm ni mmg wujud.. nape la nak dengki2 kan?? adoii...

    ReplyDelete
  4. serius ka cerita nie..
    dua kan banyak-2 harap kawan tue ke jln yg benar..

    ReplyDelete
  5. banyak perkara yang sebenarnya di luar kawalan kita..berkawan umpamanya, tak ada prasyarat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu hakikat yang sadis bila kau tahu itu berlaku.

      tapi kau tak mampu berbuat apa-apa. hem :(

      Delete
    2. ada benda yg sy nk cerita kat awak..:)

      Delete
  6. errr.. weyy, aku tgh terpikir ni, ni pasal life ko or what? apasal aku rasa ko mcm sedih baca ea? Apapun aku doakan ko tabah k.ko tahu? dalam sesetengah perkara, bila kita maafkan org, kita akn lega. kalau perkera remeh temeh mg kita akn ingat. tp kalau perkara besar, aku syorkan baik ko maafkan dan belajar lupakan. kita akn sgt lega. aku yakin ko tahu tntg ni kan? pabila kita berbuat baik dgn org, Allah akn hantr org yg baik pd kita. yakin tntg itu k. semoga kawan ko tu peroleh hidayah dariNYA.

    * walau aku dgn ko kenal dlm maya ni, dan walau memula dulu aku confius ko ni laki pmpn,walau aku tak pnh tgk muka ko, knl personaliti ko, tp aku yakin, tak kisah baik atau buruk seorg itu, dia tetap hamba Allah. bilamana aku selesa berkawan dgn seseorg tu, walau hnya melalui alam ni, aku tetap agp dia kwn. dan aku, ruzzezanie, ikhlas berkawan dgn ko. amacam? ko sebak tak? kuikui.. *nah tisu*

    ReplyDelete
    Replies
    1. terharu! sobssssss :'(


      anyway, aku dah maafkan dia. cuma aku ralat kenapa ending hidup dia macam tu.

      Delete
    2. sebab dia biarkan emosi dan nafsu kuasai dia. sepatutnya kita yang kuasai emosi dan nafsu tu. biarlah dia. berdoa je moga suatu hari nanti dia sedar.

      Delete
    3. one day. hope so


      entah-entah sekarang dia pun dah sedar sikit.
      tapi biasalah, once u get involved with drugs.
      u just cant help it

      Delete
  7. Sedihnya .
    Ni cerita betul ke?

    ReplyDelete
  8. 'kawan' tu tak nampak jalan keluar lagi.
    jgn tgglkan die. kalau boleh bimbing die :)

    anyway aku rindu kau kamel. nnti kite lepak
    dis week aku bizi kalah bini najib. maap~

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.


      okay okay. cant wait for that. woo! haha

      Delete
  9. sedihnya citer ni :') sekali berkawan selamanya tetap kwn.. tapi, kalo dia x ikhlas kwn, susah jgak kan.. erm, harap sentiasa sabar lah ek.. jika masih anggap dia kwn baik, amk dia n bimbing dia mnjadi insan yang berguna tuk agama, bngsa n negara... *dh mcm pidato dh..* ho3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.

      kantoi ahli pidato ni kan.
      hahaha :D

      Delete
    2. ehh xlah.. xpenah jadi ahli pidato pn.. ha3.. sajak penah la.. kih3

      Delete
  10. ini realiti kah? sedihnya. uwaaaa..
    kesiannya. kalau berpeluang sis cuba tlg dia k, mana yg sis mampu je. :)

    ReplyDelete
  11. sedih sebak eden..pasal apa, pasal wa pun ada penah tkena dgn kwn cmni jugak lebih kurang..sgt sedih bila dia syok kutuk kita kt belakang tp dpn kita alim nak mati.
    puih2

    ReplyDelete
    Replies
    1. then tikam belakang. rasanya sangat sedap.

      menikam lubuk hati dan jantung. haha

      Delete
  12. hey kamu!aku nk ngurat ko lah....haha



    jgn kau buang kawan ko.walaupun dia tak suka ko,itu tak bermakna ko bleh buang dia.ko kne betulkan ape yg silap.

    ='(

    Aku ckp sbb aku kehilangan seorang kwn karib aku dri kecik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak pernah buang dia.

      dia tetap kawan aku walau dia jahat macam mana sekalipun.

      InsyaAllah :)

      Delete
    2. jangan la puji depang-depang.

      segang gue. haha

      Delete
  13. Sedih gila entry ni sampai speechless nak komen. Rasanya dea terlalu negatif & ikutkan kehendak nafsu. Em atau mungkin mmg hidup dea penuh tekanan. Kita tak tahu. If mampu bwk dea pulang, bawak la :(

    ReplyDelete
  14. Sabar betul ko eh? dah tau die kawan tak ikhlas pun still nak kawan gak.. kalau aku mau perang kat situ gak.. hmm.. ape pun semoga kawan ko tu akan berubah ke arah yang lagi baik =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hem. moga-moga camtu lah.


      hahaha


      *cilanat, berani kau majalkan aku? hahaha

      Delete
  15. dia xtahu betapa beruntung punya kawan sperti anda...

    ReplyDelete
  16. Woo ni cerita benar ke? sebab aku macam speechless jer kejap. Tak tahu nak cakap apa.

    Ramai orang tersalah pilih kawan. Kadang-kadang kita ikhlas dengan orang tapi orang pulak macam tu dengan kita. Be strong k. Harap kawan kau tu kembali ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun harap macam tu lah.

      nak kata lebih-lebih pun aku bukannya baik sangat.

      hm

      Delete
  17. sedih entri nie..teringat jugak ada sowg kawan cm nie..x pe lah sm cuba try lupa segala-galanya...benda dh berlalu kn..kita kena kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp. sm kena kuat

      dan camy pun kena kuat!
      hahahahaha

      Delete
  18. serious . sedih bila baca .

    ReplyDelete
  19. Sedih... hampir nak menangis akak baca...
    tak sangka kan...
    kawan baik dari kecil
    tak selamanya baik hingga ke besar...

    mujur Camy tak hanyut seperti dia...
    Syukur...
    take care camy! hope jumpe kawan yg betul2 baik yg penting ikhlas jujur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. camy dah jumpaa

      yang lebih better better and better.
      tapi ....

      Delete
  20. tabah lah camy.
    ada rakan lebih baik buat anda nanti.

    ReplyDelete
  21. fuyoo . ekstrem lah . teruk jugak tu . nasib baik gua tak pernah ada kawan dengki dengku bagai ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. bese lah tu. tapi tak de ekstrem sangat doe.

      kalo dalam tb tu lagi dashat


      *pengaruh drama tb

      Delete
  22. ada jgak kawan yang macam ni...

    ReplyDelete
  23. kiteww nak jadi 'kau' kau tu boleh? hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. err, boleh boleh



      sila sila

      *malu haha

      Delete
  24. kau ni dah buat aku sedih ni.cepat pujuk.nk nanges da ni.sob sob..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, lu jangan sedih along.
      kang aku pun nangis. uwaaaaa


      sob.sob

      Delete

Hentam saja la labu.

Copyright ©. All Right Reserved by LyaKamelia