Kisah External Hard Disk


Inilah external hard disk! *sambil tersenyum riang



Hari tu aku pegi jalan-jalan kat pc fair, cari-cari gadget yang best-best sikit. Nanti boleh tunjuk kat kawan-kawan. Nanti mesti diorang kagum dengan aku. Dan lepas tu mesti diorang cakap “wah, up to date lah kau ni Camy, macam-macam gadget ada.” Dan time tu aku dengan segala kembang kuncup nya berkata “ biasa je nyah” sambil tersenyum simpul. **Okay, aku berangan ^^


Tujuan sebenar nak cari external hard disk. Untuk apa? Nak bagi present kat adik aku. Beliau dah lama nak benda alah ni. Nak letak game katanya. Aku sebagai kakak sulung yang sangat baik hati dan ambil berat tentang kebajikan adik-adik berkata “ Kau belajar pandai aku bagi kau external hard disk “ Wo. Lepastu aku rasa menyesal cakap camtu. Amik kau. Mana nak cekau dua tiga ratus nak beli menatang tu. Aku ni bukan kerja lagi. Haihh. Tapi janji mestilah kena tepati kan.


Berbalik kepada cerita,sambil usha-usha tu, aku pun jumpa external yang agak murah sikit iaitu RM 299 sebesar 1 tera. Lalu aku pun cakap kat akak tu yang aku confirm nak beli. Pastu aku cakap kat dia “boleh bayar guna card tak kak?” *amik kau. Bajet macam kaya sangat je. Padahal kad debit je. pastu akak tu menggeleng-geleng. Aku pun cakap “ takpelah kak, saya pergi atm cashout dulu k. “ Then masa nak draw tu, tetibe member aku call cakap nak belanja makan big apple. Dengar perkataan belanja tu terus darah aku naik. Dengan secara tetibe aku tertekan button cancel. Dan dengan selamba pergi makan big apple dengan jayanya.


Betul. Aku tak beli pun.


Dan duit reserve untuk beli menatang tu telah aku habiskan berjoli ke arah lain.


Weekend tu, aku balik rumah. Adik aku baru dapat keseluruhan result periksa penggal satu. Setelah aku teliti-teliti report card dia tu, aku bagi tahu adik aku tu yang dia masih tak mencapai ranking yang aku mahukan. Ternyata adik aku begitu hampa dengan kata putusku sambil buat muka kasihan. Aku dengan tegasnya berkata “ NO! “ dalam hati aku cakap “ Alhamdulillah, aku dah tengah kering ni. “


Lepastu masa santai-santai dengan family aku, mak aku cerita betapa adik aku menjadi rajin belajar demi untuk dapatkan external hard disk yang aku janjikan. Then, macam-macam lagi beliau bercerita tentang adik aku yang semakin hari semakin berubah ke arah kebaikan. Aku terdiam sambil terharu. Lepas tu aku pun panggil adik aku mengadap, beliau yang tengah khusyuk main game berlari-lari mendapatkan aku. Lalu aku berkata kepadanya “ Aku bagi kau can. Kalau kau belajar pandai sekali lagi, aku bagi kau external hard disk.”


Dan aku menyesal lagi sekali sebab cakap camtu.


 Mak! mana nak cekau duit? Duit dah habiss!! -..-


Pengajaran : Jangan hantuk kepala kat dinding, lepas tu mengaduh sakit.

8 comments:

  1. katne ade pc fair? tak tau pun.. 1 tera 299 memang murah.. tapi 1 tera bukan kne gune plug ke? leceh r.. mane nak cekau duit? ntah.. =P sape suruh janji ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena guna plug ke? aik, si amoi tu tak cakap pun. mesti dia dah agak saya tak jadi beli. kahkah

      Delete
  2. External hard disk mmg sangat2 berguna.
    Janji kena dipenuhi dik... Kesian dia

    Tq sudi follow.

    ReplyDelete
  3. Dah janji nk bagi, sila lah bagi... Hheee....

    ReplyDelete
  4. hehehe.. jnji kena tunaikan.. ehhehee

    ReplyDelete
  5. pasni saya nak belajar pandai2...kot2 kamu terniat nak belikan ext hdisk...zzzzz

    ReplyDelete
  6. hahaha..tapi adik kau sgt mendengar kate...weee...



    kau kakak yg baik ;)

    ReplyDelete

Hentam saja la labu.

Copyright ©. All Right Reserved by LyaKamelia